Awal Ramadhan memang lain macam kan?
Tapi cabaran sebenar bukan pada permulaan sebaliknya bila masuk hari ke-10 nanti.
1) Letak Sasaran Realistik
Jangan terlalu tinggi sampai cepat penat. Bak kata Tony Robbins, “It’s not what we do once in a while that shapes our lives, but what we do consistently.” Dalam fasa sekarang konsisten lebih berharga daripada luar biasa.
2) Urus Tenaga, Bukan Sekadar Niat
Kerja tetap berjalan, badan tetap penat. Susun jadual, jaga tidur dan pilih ibadah ikut kapasiti supaya momentum tak hilang separuh jalan.
3) Jangan Buat Seorang Diri
Cari rakan atau pasangan sebagai accountability partner supaya ada yang saling ingatkan dan azam anda taham lama.
Ramadhan bukan tentang siapa paling bersemangat di awalnya, tapi siapa paling stabil hingga akhirnya.
Sebelum masuk hari ke-10, tanya diri. Sudahkah kita ada sistem atau sekadar bergantung pada hype orang lain je?