Berapa Banyak Lebihan Makanan dan Minuman Yang Berjaya Diselamatkan di Bazaar Sepanjang Tahun Lepas?

Korang tahu tak?

Tahun lepas, My Save Food Malaysia berjaya selamatkan sebanyak 69,040 kg makanan dan minuman.

My Save Food ni bukan sekadar NGO biasa. Mereka turun padang, kutip lebihan makanan dari bazaar dan salurkan kepada yang memerlukan.

Angka ni bukan kecil. Itu baru yang diselamatkan? Macam mana pula kalau dah dibuang?  Jadinya, bulan Ramadan kali ni kita perlu fokus 3 perkara je untuk tak tersenarai dalam statistik di atas:

1) Jangan pergi bazaar langsung, kalau nak pergi selepas berbuka
Ini paling jujur. Bila lapar, semua nampak sedap. Cuba air 4 jenis, lauk 3 jenis, dessert pun korang mesti sambar. Solusi mudah: berbuka dekat rumah dulu (kurma/air), baru pergi bazaar. Confirm belanja lebih terkawal.

2) Set bajet, bukan set selera
Masuk bazaar dengan bajet RM15 atau RM20 je. Bila ada limit, otak kita automatik pilih yang perlu je bukan yang “teringin”.

3) Ada plan untuk beli lebihan
Jangan tunggu makanan lebih baru fikir nak buat apa. Dari awal dah decide: “Kalau tak habis, sahur esok aku makan ni balik.” Baru pembelian tu ada tujuan, bukan ikut emosi.

Tak perlu buat semua, mula dengan apa yang kita mampu dulu.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Boleh rujuk data real-time berapa jumlah makanan dan minuman yang berjaya diselamatkan oleh My Save Food pada pautan ini:
https://remeal.app/mysavefood