Takkan nak puasa sama saja setiap tahun macam dulu-dulu? Mesti nak upgrade lebih kan?
Tahun ni fokus 3 benda saja. Sikit tapi konsisten.

Istiqamah atau bahasa inggeris, ‘atomic habits’. Tak salah kalau kita tiru konsep James Clear dalam buku Atomic Habits iaitu ubah kecil, tapi ulang tiap hari.
Bagaimana?
Sasarkan 1 halaman setiap waktu, kalau lebih lagi bagus. Kalau lupa kena ganti berganda. Niat biar berfokus dan bukannya aku nak baca alQuran sebaliknya, aku nak baca al-Quran setiap waktu solat dan setiap hari.
Tukar wang kecil RM1 siap-siap untuk sedekah sebulan atau kenalpasti nombor akaun bank penerima derma. Jadikan tabiat ini automatik bukan tunggu ‘rasa nak bagi’.
Kalau selalu lambat solat, Ramadan ini fokus disiplin untuk berjemaah di masjid atau surau. Muat turun aplikasi telefon dan tetapkan agar perlu berhenti semua urusan 10 minit sebelum azan. Buat post-mortem jika ada yang terlepas, fikir macamana nak elak kegagalan berulang.
Bila perubahan kecil sudah jadi tabiat, kita boleh tindih kebiasaan ini dengan aktiviti lain atau tambah kuantitinya.
Perubahan sebesar zarah, jika berterusan mampu ubah peribadi kita. Anda sedia?