Ahli Parlimen Pendang dari PAS, Datuk Awang Solahuddin Hashim, secara rasmi menarik balik fitnah yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apa Yang Berlaku?
Isu ini bermula apabila Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin membuat kenyataan di lobi Parlimen pada 21 Februari 2023. Beliau mendakwa PMX menggunakan agensi penguatkuasa (seperti SPRM atau polis) untuk balas dendam dan menganiaya pihak pembangkang.
Lantaran tuduhan yang sangat berat, PMX tegas memfailkan saman fitnah di mahkamah bagi membersihkan nama beliau. Namun, apabila kes ini dibawa ke mahkamah Awang Solahuddin mahu menarik balik semua tuduhannya, serta berjanji tidak akan mengulangi atau menerbitkan semula kenyataan seperti itu. Sebagai balasan, PMX bersetuju menarik balik saman berkenaan tanpa meminta sebarang bayaran ganti rugi atau kos guaman.
Bukan Kes Fitnah Pertama Pas
Insiden membabitkan Ahli Parlimen Pendang ini bukanlah kes terpencil, sebaliknya sebahagian daripada corak berulang dalam kepimpinan PAS yang kerap memfitnah apabila terdesak. Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, pernah mencetuskan kekecohan apabila menuduh PMX membawa agenda LGBT semasa kempen PRU15. Namun, apabila kes diheret ke Mahkamah Tinggi Taiping dan bukti diminta, beliau akhirnya terpaksa memohon maaf secara terbuka serta meluahkan rasa sesal atas kenyataan tersebut.
Senario sama turut menimpa Ahli Parlimen Kepala Batas dari PAS, Siti Mastura Muhammad. Beliau mendakwa beberapa pemimpin kerajaan mempunyai pertalian keluarga dengan tokoh komunis, Chin Peng dan Lee Kuan Yew. Tuduhan yang akhirnya terbukti rekaan semata-mata itu turut membawa beliau ke muka pengadilan.
Malah, Presiden PAS sendiri, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berulang kali dipanggil dan disiasat oleh pihak polis ekoran kenyataan berunsur fitnah serta isu 3R (Agama, Raja, Kaum) yang kerap dimainkan. Isu 3R dijadikan modal mudah demi mengaut simpati dan sokongan politik.
Sampai Bila Politik Fitnah Mahu Diteruskan?
Daripada tuduhan campur tangan agensi penguatkuasa, dakwaan agenda LGBT, hinggalah teori konspirasi komunis, semua ini membuktikan betapa terdesaknya pembangkang untuk membina persepsi jahat terhadap kerajaan sehingga terlupa nilai dan akhlak Islam.
Setiap kali disaman, jawapannya tetap sama. Minta maaf, tarik balik, atau tewas di mahkamah.
Penyelesaian kes saman Ahli Parlimen Pendang ini adalah peringatan jelas kepada rakyat bahawa kebenaran sentiasa mengatasi fitnah politik. Pemimpin PAS tidak boleh sekadar hanya pakaian mengikut sunnah Nabi ﷺ tapi akhlak dan perangai mengikut sunnah syaitan.