Dulu Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST dihentikan setelah beberapa tahun membebankan rakyat miskin kini Zahid janji mahu laksanakan semula. Kenapa Zahid mahu sistem lama ini dan apa akibatnya untuk rakyat biasa?
GST mula dilaksanakan pada April 2015 dengan kadar 6%. Berbeza dengan SST, GST dikenakan pada pelbagai peringkat namun peniaga berdaftar boleh menuntut semula cukai input yang telah dibayar. Maksudnya, secara teori kita cuma bayar sekali Sahaja cukai sebagai pengguna, yang lain akan dikembalikan. Tapi malangnya kerana GST terlalu besar lingkupnya, harga barang terus naik menggila dipelbagai lapisan.
Sebab itu isu GST bukan sekadar soal kadar 6%. Rakyat ketika itu merasai sendiri kesannya pada perbelanjaan harian dan kos sara hidup.
GST Memang Beri Hasil Besar
Pada masa yang sama, kita tak boleh nafikan GST memang menjadi sumber hasil yang besar kepada kerajaan. Pada 2017 sahaja, kutipan bersih GST mencecah sekitar RM44 bilion.
Sebab itu bagi Umno, GST memang menarik kerana ia mampu memberikan hasil yang lebih besar dengan asas cukai yang lebih luas. Apabila lebih banyak transaksi dikenakan cukai, kerajaan mempunyai sumber hasil yang lebih besar dan konsisten.
Tapi di sinilah timbul masalah. Memang betul kerajaan dapat lebih banyak hasil, tapi siapa pula yang akhirnya menanggung beban bayar cukai tersebut? Tentunya rakyat.
Kenapa GST Dihapuskan?
Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan menurunkan kadar GST kepada 0% sebelum SST diperkenalkan semula pada September tahun yang sama. Antara alasan utama ketika itu ialah mahu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Kesannya terus dirasai rakyat secara langsung. Data dari Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar inflasi turun kepada 1% berbanding 3.7% pada 2017. BNM juga menyatakan penurunan kadar GST merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penurunan tekanan harga ketika itu.
Jadi Kenapa GST Nak Dikaji Semula?
Bila GST dimansuhkan, kerajaan tetap perlu cari hasil untuk membayar gaji penjawat awam, hospital, sekolah, subsidi, bantuan rakyat dan pembangunan negara.
Kerajaan MADANI pun berdepan persoalan yang sama. Tapi UMNO pilih jalan mudah.
Memang pada hakikatnya semua orang nak bantuan diteruskan, subsidi kekal, hospital cukup peruntukan, sekolah dibaiki dan projek pembangunan berjalan. Jadi kerajaan memang berdepan satu persoalan yang susah nak dielakkan. Nak cari duit dari mana?
Sebab itu pada tahun 2025, skop SST diperluaskan untuk meningkatkan hasil negara. Namun, barangan asas seperti beras, ayam, daging, ikan, sayur dan telur terus dikecualikan daripada cukai jualan.
Tindakan ini ialah usaha negara sedaya-upaya untuk mengimbangkan saku kerajaan. Mengembalikan GST secara total sememangnya mampu memberi pendapatan lebih untuk dilaburkan kepada rakyat, tapi kos sara hidup rakyat akan melonjak.
Pemimpin Umno dulu sewenangnya minta rakyat untuk menukar gaya hidup dan makan kangkong kerana tumbuhan itu tidak naik harga, tapi ini berbeza dengan pendekatan kerajaan sekarang yang mula dengan menutup ketirisan, elak pembaziran dan tumpukan bantuan bersasar.
Segala usaha seperti Budi MADANI sekarang terbukti berjaya menyekat ketirisan subsidi petrol dan diesel yang menghantui negara sejak berpuluh tahun, malah dengan pengenalan kawalan minyak masak berpaket sekarang kita sendiri mula dapat lihat ianya kembali di rak pasaraya. Hasilny akita dapat lihat melalui penyaluran semula bantuan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Namun pastinya ini belum mencukupi namun untuk mengembalikan GST ketika rakyat baru mahu mula bernafas amatlah membimbangkan. Entah bagaimana Umno fikir ini dapat kembalikan sokongan rakyat.